Kelas E-Learning & Softskill

20 Ogos 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 19 Ogos 2023, Sabtu, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg. Jeriah telah mengadakan Kelas E-Learning – Sejarah dan Softskill – Kemahiran Penyelesaian Masalah yang bermula dari pukul 11:30 pagi sehingga 12:30 tengah hari bertempat di PEDi Kg. Jeriah. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 4 orang peserta.

Bersempena bulan kemerdekaan, di dalam kelas E-Learning pada kali ini, para peserta telah diajar berkenaan dengan sejarah kemerdekaan Malaysia. Para peserta telah ditayangkan sebuah video pendek yang mengisahkan sejarah kemerdekaan Malaysia. Sejurus selesai menonton video pendek tersebut, mereka dikehendaki untuk menjawab kuiz berkaitan dengan sejarah kemerdekaan Malaysia di platform Quizziz.

Setelah selesai menjawab soalan kuiz, kelas diteruskan untuk kelas softskill di mana para peserta dikehendaki untuk menyelesaikan dua buah puzzle yang bertemakan kemerdekaan. Aktiviti ini dibuat bagi merangsang kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah para peserta.

Semoga kelas yang diadakan dapat memberikan manfaat kepada para peserta seterusnya dapat mempraktikkan ilmu yang telah ditimba dalam kehidupan seharian kelak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali